KOTA KINABALU, SABAH – Selepas susut beberapa hari, kes baharu COVID-19 di Sabah kembali meningkat secara mendadak.
Jumlah kes baharu hari ini bertambah 112 kes berbanding semalam menjadikan keseluruhan berjumlah 599 KES.
Hanya sembilan (9) daerah mencatatkan penurunan kes manakala 16 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan enam (6) daripadanya mencatatkan pertambahan dua angka.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Daerah Kota Kinabalu kembali menjadi penyumbang terbesar kes di negeri Sabah dengan 101 kes dengan 45 kes lebih tinggi daripada kelmarin.
“Daerah Tuaran juga mencatatkan kes yang tinggi iaitu 95 kes, menambah 36 kes berbanding jumlah sebelumnya…
“Adalah diperhatikan bahawa beberapa daerah mencatatkan jumlah kes daftar-lewat yang agak tinggi.
“Di Kota Kinabalu, 89 daripada 101 kes hari ini adalah kes yang didaftar dua (2) hari atau lebih lama setelah keputusan saringan diketahui; di Kota Belud, 28 daripada 53 kes dan di Penampang, 27 daripada 35 kes,” katanya.
Daerah Semporna dan Tongod sahaja yang mencapai sifar (0) kes pada hari ini.
Menurut beliau 372 kes atau 62 peratus (62%) daripada kes yang direkodkan pada hari ini adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu manakala selebihnya adalah kes yang didaftar lewat dua (2) hari atau lebih lama selepas keputusan ujian diketahui.
Hampir 98 peratus (98%) daripada kes hari ini adalah kes yang dianggap ringan iaitu dalam Kategori 1 dan 2.
“Pesakit dalam Kategori 3 cuma tiga (3) orang, empat (4) orang dalam kategori 4 dan hanya seorang pesakit dalam Kategori 5. Lima (5) lagi kes masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan,” katanya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 101 (56)
Tuaran – 95 (59)
Kota Belud – 53 (39)
Ranau – 40 (25)
Penampang – 35 (23)
Beaufort – 31 (37)
Papar – 29 (28)
Kota Marudu – 28 (37)
Keningau – 25 (23)
Sandakan – 21 (8 )
Beluran – 19 (13)
Putatan – 17 (16)
Kudat – 17 (12)
Tambunan – 15 (15)
Kinabatangan – 13 (14)
Sipitang – 12 (12)
Tenom – 12 (22)
Lahad Datu – 10 (8 )
Pitas – 7 (12)
Kuala Penyu – 6 (2)
Telupid – 4 (2)
Kunak – 3 (0)
Nabawan – 2 (3)
Tawau – 2 (10)
Kalabakan – 2 (1)
Semporna – 0 (1)
Tongod – 0 (9)





