KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 502 jumlah kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini iaitu penurunan 90 kes berbanding semalam.
Sebanyak 17 daerah mencatatkan penyusutan jumlah kes, lapan (8) daerah merekodkan pertambahan kes sementara jumlah kes di dua (2) daerah kekal.
“Kes-kes di Ranau dan Keningau pula naik dua kali ganda,” kata Jurucakap Perkembangan Harian Kes COVID-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Jelasnya, peningkatan daripada 28 kes ke 56 kes berlaki di Ranau dan 24 ke 49 kes di Keningau.
Ranau juga satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan jumlah kes melepasi angka 50.
Katanya lagi, 223 daripada 502 kes hari ini adalah kes daftar lewat dua (2) hari atau lebih.
“Ini bermakna hanya 279 atau 55 peratus (55.6%) kes berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu…
“Kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bergejala masih tinggi iaitu 179 kes atau 35 perstus (35.7%) daripada jumlah kes yang direkodkan.
“Perlonggaran pelbagai sekatan serta tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikalangan masyarakat yang semakin menurun kemungkinan besar menyumbang kepada kes bergejala atau kes sporadik yang tinggi.
“Keghairahan untuk kembali kepada gaya hidup sebelum pandemik membawa kepada sikap sambil-lewa atau lalai dalam pematuhan semua SOP semasa bersosial, di tempat kerja dan di khalayak ramai,” tegasnya.
Dalam pada itu, hampir 97 peratus (97%) kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Sebanyak 79 peratus (79.3%) berada dalam Kategori 2.
Kata Masidi, jumlah kes dalam Kategori 3, 4 dan 5 yang memerlukan rawatan di hospital atau rawatan rapi adalah rendah.
“Kategori 3, (lima) 5 orang, Kategori 4, (tiga) 3 orang dan Kategori 5, hanya satu (1) orang. Tujuh (7) kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan,” katanya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Ranau – 56 (28)
Keningau – 49 (24)
Kota Kinabalu – 49 (76)
Kota Belud – 42 (35)
Penampang – 34 (15)
Kota Marudu – 33 (53)
Lahad Datu – 25 (28)
Tenom – 21 (33)
Sandakan – 20(13)
Papar – 19 (26)
Tambunan – 17 (33)
Tuaran – 17 (26)
Kinabatangan – 16 (36)
Pitas – 15 (22)
Kudat – 15 (17)
Sipitang – 13 (12)
Beaufort – 12 (58)
Putatan – 11 (5)
Tawau – 10 (11)
Beluran – 8 (9)
Kuala Penyu – 7 (2)
Telupid – 4 (13)
Tongod – 3 (3)
Semporna – 2 (5)
Kunak – 2 (2)
Nabawan – 2 (4)
Kalabakan – 0 (3)





