Malaysia Akan Teliti Syarikat Hup Seng Selepas Pengguna Hong Kong Temukan Bahan...

Malaysia Akan Teliti Syarikat Hup Seng Selepas Pengguna Hong Kong Temukan Bahan Kanser Dalam Makanan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang meneliti penemuan oleh pengawas pengguna Hong Kong bahawa bahan penyebab barah (kanser) telah dikesan dalam biskut dan makanan ringan (keropok) yang dihasilkan oleh syarikat Hup Seng Industries Bhd.

Majlis Pengguna Hong Kong yang dipetik portal Bloomberg.com pada hari Isnin mengumumkan bahawa 60 sampel biskut dan keropok pra-pembungkusan yang diujinya mengandungi unsur-unsur yang mendorong kanser seperti glycidol atau acrylamide.

Majlis itu juga mendapati bahawa 40 peratus (40%) produk yang dianalisis mempunyai label pemakanan yang mengelirukan. 

“Premis kilang (Hup Seng) memegang sijil HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan KKM (kementerian kesihatan Malaysia),” kata Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, yang memetik siasatan awal.

Kenyataan itu juga turut memaklumkan bahawa Bahagian kementerian kesihatan juga sedang menjalankan pengesahan di premis syarikat berkenaan.

Hup Seng berkata, “cracker krim khas yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia sesuai untuk penggunaan manusia dan mematuhi peraturan tempatan, standard kualiti dan standard keselamatan makanan,” kata seorang wakil syarikat dalam satu kenyataan melalui e-mel pada hari Ahad.

Dalam pada masa yang sama, syarikat itu mengatakan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatan.

Kesan daripada perkara ini, Hup Seng yang merupakan pembuat biskut terkemuka di Malaysia telah mengalami kejatuhan saham 2.7% kepada 91 sen pada hari Jumaat yang mana terbanyak dalam dua bulan.