Angka Kes Harian COVID-19 Sabah Semakin Meningkat

Angka Kes Harian COVID-19 Sabah Semakin Meningkat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah 4,373 KES baharu hari ini adalah rekod tertinggi Sabah yang diramal akan terus meningkat.

Ia adalah peningkatan sebanyak 339 kes berbanding semalam kata jurucakap pekembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dengan mengambil kira hampir 63 peratus kadar jangkitan adalah sporadik.

“Kebanyakan daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam…

“Dua kluster baharu diisytiharkan hari ini, iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 di Kota Kinabalu dan Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud,” katanya dalam rumusan harian kes.

Katanya juga hampir 12 peratus daripada jumlah jangkitan baharu hari ini melibatkan kanak-kanak dibawah umur 11 tahun.

“Seramai 208 pesakit berumur kurang daripada 5 tahun yang belum layak diberi vaksin dan 314 pesakit lagi berumur antara 5 hingga 11 tahun yang sudah layak menerima vaksin…

“Adalah diharapkan semua kanak-kanak yang sudah layak diberi vaksin mendapatkannya dengan kadar segera bagi memberi perlindungan maksimum kepada mereka daripada jangkitan atau kesan serius daripada jangkitan virus,” tambahnya.

Terdapat tujuh (7) kes masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 semetara 10 kes dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 752 (910)
Sandakan – 647 (496)
Tuaran – 388 (388)
Penampang – 385 (325)
Tawau – 256 (328)
Putatan – 241 (200)
Papar – 233 (263)
Lahad Datu – 196 (189)
Ranau – 158 (129)
Beaufort – 158 (134)
Keningau – 144 (106)
Kota Belud – 123 (106)
Kota Marudu – 116 (84)
Sipitang – 83 (28)
Telupid – 63 (38)
Tambunan – 62 (25)
Kuala Penyu – 53 (46)
Kunak – 53 (44)
Semporna – 45 (35)
Beluran – 45 (21)
Kinabatangan – 40 (48)
Kudat – 39 (27)
Pitas – 32 (10)
Nabawan – 28 (4)
Tenom – 23 (40)
Tongod – 8 (9)
Kalabakan – 3 (2)