KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes bahahru COVID-19 di Sabah meningkat semula hari kepada keseluruhan 820 KES iaitu peningkatan 30 kes berbanding semalam.
Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes adalah 15 daerah, manakala sembilan (9) daerah lagi mencatatkan penurunan dan tiga (3) daerah kekal.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal dengan catatan tertinggi kes iaitu 103 kes manakala kes terendah adalah di Kalabakan yang hanya mencatatkan dua (2) kes.
“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Belud +37 kes, Papar +18 kes, Tenom +14 kes, Telupid +14 kes dan Pitas +10 kes…
“Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Kota Marudu -43 kes, Ranau -27 kes dan Beluran -14 kes,” katanya.
Beliau turut mengatakan jumlah kes melalui saringan bergejala adalah tinggi.
Sebanyak 38.66 peratus daripada jumlah kumulatif kes pada hari ini berpunca daripada saringan bergejala yang sinonim dengan kes sporadik.
“Ini satu petanda bahawa virus ini sudah berada dalam komuniti secara meluas dan amatlah penting agar semua penduduk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP)…
“Trend kes di Sabah dijangka akan berterusan dalam keadaan ‘turun-naik’ dalam masa terdekat.
“Apabila virus sudah berada ditengah-tengah komuniti, jangkitan sporadik akan mudah berlaku dan turun-naik jumlah kes harian banyak dipengaruhi oleh sikap dan tahap pematuhan masyarakat kepada SOP,” katanya.
Walaupun Sabah mencatat penambahan jumlah kes hari ini, 93.78% daripada jumlah tersebut adalah Kategori 1 dan 2 yang lazimnya hanya memerlukan rawatan kendiri dirumah ataupun di pusat kuarantin.
Masudu berkata hanya terdapat empat (4) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan sifar (0) kes dicatatkan hari ini dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 103 (102)
Kota Belud – 80 (43)
Keningau – 48 (40)
Tuaran – 48 (44)
Papar – 47 (29)
Lahad Datu – 44 (48)
Tenom – 44 (30)
Sandakan – 43 (50)
Kota Marudu – 43 (86)
Ranau – 38 (65)
Pitas – 33 (23)
Kudat – 31 (26)
Penampang – 25 (17)
Tawau – 22 (22)
Tambunan – 19 (14)
Kinabatangan – 18 (13)
Nabawan – 18 (16)
Telupid – 16 (2)
Kunak – 15 (15)
Sipitang – 15 (20)
Beaufort – 15 (16)
Putatan – 12 (15)
Tongod 11 – (9)
Semporna – 10 (10)
Kuala Penyu – 10 (5)
Beluran – 10 (24)
Kalabakan – 2 (6)