Banduan Bakal Bebas Kes Indeks Kluster Penjara

Banduan Bakal Bebas Kes Indeks Kluster Penjara

0
SHARE
Datuk Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang banduan lelaki yang bakal dibebaskan menjadi kes indeks Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 yang melibatkan banduan dan kakitangan pusat tahanan Penjara Kepayan.

Saringan terhadap semua kontak rapat indeks berumur 27 tahun telah mendapati 103 orang lagi dikalangan banduan dan kakitangan penjara didapati positif.

Juruakap perkembangan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata satu lagi kluster pendidikan juga dikesan di Kota Belud hari ini.

Kluster Jubi Tambulion melibatkan pelajar di Asrama Jubilee SMK Tambulion.

“Indeks kes merupakan seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 12 Feb.

“Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati lebih ramai yang positif menjadikan jumlah keseluruhannya 22 kes positif, setakat hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berjata semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin