Anwar Adakan Pertemuan Singkat Dengan Presiden AS, Sebelum Trump Berlepas ke Jepun

Anwar Adakan Pertemuan Singkat Dengan Presiden AS, Sebelum Trump Berlepas ke Jepun

0
SHARE

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, sebelum pemimpin itu berlepas ke Tokyo, Jepun.

Menurut Anwar dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pemimpin untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala yang telah dijalankan sebelum ini, khususnya dalam bidang perdagangan, teknologi dan keamanan serantau.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranan beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) serta Pelan Damai Gaza, yang menjadi sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia dan Amerika Syarikat komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan prinsip saling menghormati, kepentingan bersama, serta semangat memperjuangkan keamanan sejagat.