KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.
Ini termasuk isu sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan undang-undang.
Permohonan itu berkaitan saman gangguan seksual yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther, berhubung dakwaan kejadian pada 2018.
Hakim Roz Mawar Rozain bagaimanapun menolak permohonan itu pada 4 Jun.
Beliau menyatakan persoalan dikemukakan tidak mencapai ambang rujukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman.
Anwar juga diperintahkan membayar kos RM20,000 kepada plaintif.
Rayuan difailkan pada pada Khamis melalui firma guaman Zain Megat & Murad.






