ASNB Umum Pengagihan Pendapatan 4.25 Sen, Bonus 0.75 Sen Bagi Tahun Ini

ASNB Umum Pengagihan Pendapatan 4.25 Sen, Bonus 0.75 Sen Bagi Tahun Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR –  Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan 5.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

Kadar agihan itu secara keseluruhannya menyamainya kadar pada tahun lalu.

“Pengagihan pendapatan bagi tempoh 2021 membabitkan pembayaran kepada pemegang unit berjumlah RM8.9 bilion kepada 10.4 juta pemegang unit,” katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB secara maya hari ini.

Yang turut serta, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

ASNB telah mengagihkan pendapatan berjumlah RM168.5 bilion sejak 30 tahun lalu.

Berikut merupakanrekod pembayaran pengagihan pendapatan Dividen ASB pada tahun 2010 sehingga 2021;

2021: 4.25 + 0.75

2020: 4.25 + 0.75

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25