Azam Jaya Dapat Kontrak RM120.9 Juta Naik Taraf Lapangan Terbang Tawau

Azam Jaya Dapat Kontrak RM120.9 Juta Naik Taraf Lapangan Terbang Tawau

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Azam Jaya Bhd, melalui anak syarikat milik penuh Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM120.9 juta daripada Kementerian Pengangkutan untuk kerja naik taraf Lapangan Terbang Tawau, Sabah.

Memetik laporan Bernama, kontrak selama tiga tahun bermula 22 Ogos 2025 hingga 17 Ogos 2028 itu merangkumi kerja reka dan bina termasuk pembinaan bangunan terminal serta kerja berkaitan.

Azam Jaya berkata peningkatan trafik penumpang menjadikan projek ini tepat pada masanya, sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna dan menyokong pertumbuhan pelancongan serta pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan.

Kontrak baharu itu turut menyumbang kepada buku pesanan belum dibil syarikat yang bernilai RM1.42 bilion setakat 31 Mac 2025, sekali gus memberi jaminan kepada aliran tunai dan pendapatan sehingga 2028.

Projek ini juga melengkapkan penglibatan berterusan Azam Jaya dalam Lebuhraya Pan Borneo dan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat dalam pembangunan infrastruktur di Sabah.