Azizulhasni Hadiahkan Pingat Perak Olimpik Buat Malaysia

Azizulhasni Hadiahkan Pingat Perak Olimpik Buat Malaysia

0
SHARE

TOKYO, JEPUN – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin di Velodrom Izu, sebentar tadi.

Pelumba Britain, Jason Kenny meraih pingat emas, manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih pingat gangsa pada perlumbaan itu.