KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Bajet 2023 untuk Sabah dan Sarawak disifatkan seimbang, pro-rakyat dan berasaskan pemulihan.
Katanya, peningkatan peruntukan untuk negeri di Malaysia Timur yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini
sebagai tumpuan yang ditekankan menerusi Perjanjian Majlis Khas Malaysia 1963 (MKMA63).
Katanya, peruntukan itu tidak melencong daripada memenuhi keperluan asas rakyat berikutan RM6.3 bilion diperuntukkan untuk pembangunan Sabah, dan RM5.4 bilion untuk Sarawak.
Manakala untuk pembangunan luar bandar, sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan RM2.55 bilion untuk Sarawak.
“Bagi Sabah dan Sarawak, keperluan dan fokus pembangunan yang diketengahkan oleh MKMA63 telah diambil tindakan dan diperuntukkan termasuk menyediakan peruntukan pembangunan untuk kemiskinan dan golongan B40…
“Apa yang lebih penting ialah dana untuk infrastruktur asas telah dikekalkan. Dalam beberapa kes ia telah meningkat terutamanya untuk jalan luar bandar, air dan elektrik, dan infrastruktur digital.
“MKMA63 menekankan keperluan penambahan peruntukan untuk kemudahan perubatan dan pendidikan, terutama menangani sekolah dan klinik desa usang (daif) dimana ia diketengahkan dalam bajet ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sebagai reaksi terhadap Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Maximus juga berkata kebimbangan terhadap keselamatan sempadan khususnya aset dan pembinaan pantas pusat kastam, imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sepanjang daerah sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan telah diambil tindakan serta diberi perhatian kewangan serius.
“Tumpuan kepada pemulihan ekonomi adalah tepat. Dorongan tambahan untuk menghidupkan semula sektor pembuatan dan pelancongan adalah tepat pada masanya dan sangat diperlukan,” katanya.
Maximus juga menegaskan suara rakyat Sabah dan Sarawak kini semakin didengari, dihormati dan diambil tindakan.
“Ruang untuk penambahbaikan masih besar. Walaupun terdapat pertambahan peruntukan, ia masih belum memuaskan berdasarkan permintaan daripada Sabah dan Sarawak…
“Kami bersyukur dengan keterbukaan kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan yang lebih baik, khususnya untuk pembangunan luar bandar, tetapi kami akan terus menggunakan MKMA63 sebagai platform untuk mendesak demi keperluan pembangunan asas bagi kedua-dua negeri,” katanya.





