Polis Percaya Dua Anggota Badan Mangsa Bunuh Indah Permai Dibawa Haiwan Liar

Polis Percaya Dua Anggota Badan Mangsa Bunuh Indah Permai Dibawa Haiwan Liar

0
SHARE

RANAU: Polis percaya dua lagi anggota badan mangsa kes pembunuhan di Indah Permai yang masih belum ditemui berkemungkinan telah dibawa haiwan liar atau bercampur dengan sisa buangan lain.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, berkata usaha mengesan bahagian tubuh berkenaan masih diteruskan namun setakat ini tiada petunjuk baharu diperoleh.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata beberapa tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan, kebanyakannya melibatkan ahli keluarga suspek utama. Perintah reman terhadap suspek juga masih berkuat kuasa.

Mengulas situasi banjir, beliau berkata sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Pitas dan Beluran, dengan lebih 100 anggota digerakkan ke kawasan terjejas di bawah Kota Marudu dan Beluran.

“Kebanyakan operasi bantuan menggunakan kenderaan berat berikutan beberapa laluan tidak boleh dilalui akibat cuaca buruk,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Op Selamat yang akan berakhir pada 23 Februari ini setakat ini tidak merekodkan sebarang kemalangan maut, berbanding tahun lalu yang mencatatkan kes kematian.