Bandaraya Kota Kinabalu Lakar Sejarah, Diiktiraf Sebagai Smart City Early Adopter 2025

Bandaraya Kota Kinabalu Lakar Sejarah, Diiktiraf Sebagai Smart City Early Adopter 2025

0
SHARE

PUTRAJAYA: Bandaraya Kota Kinabalu melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila diiktiraf sebagai Smart City Early Adopter 2025 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCity Expo 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Wilayah Persekutuan.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan salah satu daripada 27 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara yang menerima pengiktirafan di bawah Anugerah Penarafan Smart City Malaysia 2025.

Anugerah berprestij ini diterima oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK, yang mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, disaksikan oleh Puan Tantinny Fung Chew Li, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, bersama pegawai-pegawai DBKK.

Pengiktirafan ini diberikan atas komitmen tinggi DBKK dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bandar pintar yang menyokong pembangunan mampan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memperkukuh kesejahteraan komuniti bandar raya.

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan DBKK sebagai peneraju agenda Smart City di Sabah dan mencerminkan semangat berpasukan seluruh warga DBKK dalam mendukung visi pembangunan bandar raya yang progresif dan berdaya saing.