BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2021, PENJAWAT AWAM DAPAT RM500 DAN PESARA RM250

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2021, PENJAWAT AWAM DAPAT RM500 DAN PESARA RM250

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam sati kenyataan hari ini bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of ServiceContract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pemberian itu akan turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak, kontrak untuk perkhidmatan, pegawai sambilan harian (PSH) serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Pemberian tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri…

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara, serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” jelas kenyataan itu.

Tambahan, bantuan khas itu juga bakal memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, akan dibayar bersama dengan pembayaran gaji Mei, iaitu pada 6 Mei depan.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Untuk rekod, pada tahun lalu kerajaan turut mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan.