Bayaran Elaun Buat Pekerja Berbasikal Ke Tempat Kerja

Bayaran Elaun Buat Pekerja Berbasikal Ke Tempat Kerja

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BRUSSELS – Belgium akan memberi elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja bermula Isnin ini (8 Mei).

Bayaran elaun itu sebahagian daripada perjanjian dibuat firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari lalu, menurut Agensi Anadolu.

Mereka yang berbasikal ke tempat kerja akan menerima elaun €0.27 (USD0.30) setiap kilometer yang dikecualikan cukai dan tertakluk kepada pelarasan tahunan mengikut inflasi.

Had harian untuk elaun ditetapkan pada 40km, dengan bayaran dibuat setiap bulan bersama gaji tetap.

Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai kepada penggunaan e-basikal dan “speed pedelec”.