Bekas Calon PRK Didakwa Bunuh Suami

Bekas Calon PRK Didakwa Bunuh Suami

0
SHARE

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson telah didakwa Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh.

Lau Seck Yan yang didakwa membunuh suaminya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin, lapor Kosmo!.

Pada prosiding tersebut, Seck Yan memberitahu, dia tidak sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ini satu pertuduhan mengkhianat dan memfitnah saya. Saya tidak sanggup didakwa di bawah seksyen tersebut (membunuh),” katanya…

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.30 pagi menarik perhatian orang ramai apabila berulang kaki menjerit memaklumkan dia tidak membunuh sesiapa dan menjadi mangsa sebaik keluar daripada kenderaan polis