KOTA MARUDU, SABAH – Berhenti percaya khabar angin mengenai vaksin COVID-19 dan segera dapatkannya nasihat, demikian menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata kepada semua waganegara Malaysia yang layak divaksin tetapi menyimpan dua hati.
“Ramai masih takut mendapatkan vaksin kerana percaya akan berita palsu dan khabar angin yang dikongsikan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab…
“Perbuatan itu menghalang usaha kebangsaan bagi semua warga Malaysia dapat divaksin pada hujung tahun ini.
“Ada yang telah mendapatkan temu janji vaksin tapi tidak menghadirkan diri,” katanya semasa menghadiri program jangkauan vaksin di Marak Parak sini pada Jumaat.
Katanya ini mengakibatkan sesetengah vaksin terpaksa dikembalikan sekali gus merugikan usaha negara.
“Bekalan vaksin Sabah masih rendah tapi akan bertambah dalam tempoh masa bulan ini…
“Pihak berkuasa yang berkaitan telah mendengar suara Sabah berkenaan isu kekurangan bekalan vaksin ini.
“Bulan ini kita boleh berharap bekalan bertambah dan diedarkan segera kepada semua daerah di Sabah,” kata Maximus lagi.
Dengan adanaya bekalan tambahan ini dia juga berharap pembatalan atau penangguhan temu janji vaksin tidak berlaku lagi dengan.
Mengulas lanjut, katanya seramai 692 penerima mengambil dos pertama vaksin mereka pada program dua hari terbabit.
“Saya gembira melihat ramai warga emas yang hadir. Maklum balas dari penduduk di sini adalah baik dan saya berharap juga momentum ini dapat dikekalkan ke kawasan lain,” katanya.
Sehingga kini, sejumlah 17, 557 penduduk Kota Marudu sudah lengkap dua dos manakala di Matunggong, daripada 10,000 penerima yang layak, seramai 7,708 orang telah menerima dos pertama mereka dan 1,059 lagi lengkap kedua-dua dos.
Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu juga menyeru kepada golongan belia yang lebih terdedah kepada maklumat berkait manfaat vaksinasi bagi menyebarkannya kepada orang ramai.
“Kita harus melindungi diri kita dahulu sebelum melindungi diri orang lain,” beliau berkata.