Kerajaan Negeri Nafi Khabar Angin Semua Pengunjung PPV Di SICC Diminta Buat...

Kerajaan Negeri Nafi Khabar Angin Semua Pengunjung PPV Di SICC Diminta Buat ‘Swab Test’ – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah menafikan khabar angin bahawa terdapat beberapa pengunjung positif COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah International Convention Centre (SICC) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata mesej terbabit mendakwa semua pengunjung SICC pada 31 Julai dan 1 Ogos diminta untuk membuat ujian calitan (swab test) kerana konnonya telah berlaku penularan virus di PPV itu pada tarikh berkenaan.

“Ingin ditegaskan arahan yang tular ini bukanlah bersumber daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melainkan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab…

“Orang awam tidak perlu risau untuk mengunjungi SICC kerana semua ruangan dalam SICC adalah sentiasa disanitasi,” tegasnya.

Menurutnya, pematuhan SOP kendiri adalah sangat ketat di kalangan orang awam dan juga petugas SICC sendiri.

Dalam pada itu, DUA (2) lokaliti di Kota Kinabalu iaitu University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan serta Kampung Lohan 1 di Ranau diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa dari 8 sehingga 21 Ogos 2021.

“Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID19 yang terus meningkat dengan jumlah catatan sebanyak 772 kes daripada Saringan Kontak Rapat…

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” kata Masidi.