MANCHESTER, ENGLAND – Media di Amerika Syarikat telah membocorkan butiran siasatan berkenaan tangkapan di Britain dan Tripoli susulan daripada insiden pengeboman yang berlaku di konsert penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Granade, yang berlangsung di Manchester Arena pada Isnin (22 Mei) lalu. Ini menyebabkan polis terpaksa segera untuk menutup semua rangkaian di sekitar ‘pengebom berani mati’ itu.
Seorang lelaki kelahiran British iaitu Salman Abedi, 22, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan, membunuh 22 orang dan lebih kurang 50 yang lain mengalami kecederaan pada malam berlangsungnya konsert itu.
Pihak berkuasa percaya dia mempunyai bantuan dalam membina bom (seperti yang disiarkan dalam akhbar New York Times). Walaupun penangkapan suspek telah dibuat, pihak polis Mancehster tetap berjaga-jaga kerana rakan sejenayah suspek boleh bersedia untuk menyerang lagi.
Selain itu, polis Manchester turut menahan lima lelaki dan seorang wanita pada hari Rabu selepas insiden pengeboman itu, menjadikan jumlah keseluruhan yang diadakan untuk disoal siasat adalah tujuh orang termasuklah Abedi.
Memetik sumber yang lain, penyiasat British telah memburu sesiapa sahaja yang mungkin telah membantu membina bom bunuh diri bagi kegunaan pengeboman di Manchester Arena itu.
“Ini jelas bahawa kawasan ini adalah rangkaian yang sedang kami siasat,” kata Ketua Polis Ian Hopkins di luar Ibu Pejabat Polis Manchester.
“Dan seperti yang saya katakana juga , ia akan berterusan. Siasatan menyeluruh sedang dibuat dan terdapat juga aktiviti penyiasatan di seluruh Greater Manchester seperti yang telah dimaklumkan,” tambah katanya
Abedi, yang dilahirkan di Manchester pada tahun 1994, anak kepada ibu bapa daripada Libya, meletupkan dirinya pada malam Isnin (22 Mei) di tempat tertutup Manchester Arena pada akhir konsert U.S. penyanyi pop Ariana Grande yang telah dihadiri oleh beribu-ribu kanak-kanak dan remaja.
Polis di Tripoli pada Rabu selepas insiden pengeboman itu, adik Abedi dan bapanya telah ditangkap untuk membantu siasatan lanjut.
“Saya bercakap dengan (Salman Abedi) kira-kira lima hari lalu, tiada apa yang salah, segala-galanya adalah normal,” Ramadan Abedi memberitahu Reuters, sejurus sebelum dia ditahan.
Jurucakap kuasa anti-keganasan tempatan berkata abangnya Hashem Abedi juga ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan negara Islam lain dan disyaki merancang untuk menjalankan serangan di ibu negara Libya.