Malaysia Hilang Peranan Sebagai Negara Berkecuali – Amanah

Malaysia Hilang Peranan Sebagai Negara Berkecuali – Amanah

0
SHARE

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kecewa dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang menghapuskan peranan Malaysia sebagai negara berkecuali seperti mana yang dipertahankan pada zaman pemerintahan pemimpin Malaysia terdahulu.

Mat Sabu turut mendakawa Najib telah membawa Malaysia kepada satu keadaan yang tidak selamat kepada negara pada masa-masa akan datang.

“Najib telah membawa negara ke satu blok yang pada jangka panjang akan mengundang bahaya kepada Malaysia dan rakyat secara keseluruhan.

Malaysia telah menjadi sebuah negara memihak kepada Amerika, meletakkan negara dalam kancah tidak baik untuk memberi pandangan berkecuali,” katanya.

Memetik kenyataan Mat Sabu sebagai berkata “maka Malaysia tidak lagi dapat memainkan peranan dalam konflik di Iraq, Syria, Yaman bahkan di Palestin sendiri kerana sikap memihak kepada Amerika dan Saudi itu.

Menurut beliau juga, di Asia Tenggara pula sedang berlaku perebutan kuasa perairan terutama sekali antara China dan Amerika Syarikat,” tambah katanya.

Ulasan Mat Sabu adalah susulan daripada penyertaan Najib yang bersama-sama dengan Presiden AS, Donald Trump dalam melawan “keganasan”, ketika menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan AS di Riyadh, baru-baru ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Mat Sabu berharap dapat mempertahankan semula Malaysia sebagai negara berkecuali yang tidak berpihak kepada mana-mana negara yang sedang bergolak sekirangya Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada PRU14 akan datang.