Berjaya Hotels & Resorts (BHR) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia akan menyediakan penggunaan telefon pintar percuma di semua bilik BHR. BHR bangga menjadi kumpulan hotel pertama di Malaysia untuk menyediakan peranti dan perkhidmatan telefon pintar, kepada tetamu yang menginap.
Tetamu BHR boleh membuat panggilan tempatan dan antarabangsa tanpa had. Selain panggilan suara, pengguna boleh mendapatkan data tanpa had untuk melayari internet, memuat turun aplikasi kegemaran mereka dan terus berhubung melalui media sosial. Di samping itu, ia merangkumi butiran perkhidmatan yang terdapat di hotel, dengan kandungan khusus destinasi seperti maklumat mengenai tempat-tempat tarikan pelancong dan tempat menarik.
Ada cadangan lokasi makan, lokasi membeli belah dan lain-lain lagi yang dicadangkan untuk mereka yang baru sampai ke BHR. Handy phone ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan semuanya akan terpadam secara automatik apabila anda check out.
Dengan ciri ini, pengunjung yang menginap tidak perlu membeli kad SIM tempatan untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan mereka di luar negara. Mereka boleh menggunakan telefon pintar ini untuk navigasi dan melayari internet secara percuma.
Telefon pintar ini amat berguna serta menambah kemudahan dan pada masa yang sama, penjimatan kos untuk tetamu hotel.
Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur akan menjadi hotel pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini, dengan hartanah BHR yang lain termasuk ANSA Kuala Lumpur, Berjaya Penang Hotel, Berjaya Waterfront Hotel, Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Tioman Resort, The Taaras Beach & Spa Resort dan Redang Island Resort.
Hartanah BHR luar negeri yang lain yang akan menyediakan perkhidmatan “berguna” termasuklah Hotel Berjaya Makati, Berjaya Colombo Hotel, Berjaya Eden Park Hotel London, The Castleton Hotel London, Berjaya Beau Vallon Bay Resort & Casino dan Berjaya Praslin Resort.