Bomba Guna Anjing Pengesan Cari Mangsa Hilang Dalam Hutan Berhampiran Kampung Giling

Bomba Guna Anjing Pengesan Cari Mangsa Hilang Dalam Hutan Berhampiran Kampung Giling

0
SHARE
Kawasan hutan di mana mangsa dipercayai menghilangkan diri...

TUARAN, SABAH – Bantuan pihak penyelamat akhirnya diminta ahli keluarga seorang mangsa hilang sejak masuk ke dalam hutan sembilan (9) hari yang lalu.

Kali terakhir mangsa berumur 32 tahun, Tuin Lolohan, dilihat adalah sewaktu beliau masuk ke dalam hutan berhampiran Kampung Giling di sini pada jam 10:00 pagi.

Namun menurut ahli keluarga mangsa, tujuannya masuk ke hutan tidak diketahui dan belum pulang ke rumah sejak itu.

Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.22 tengah hari tadi.

Pegawai Operasi, PKPgB Mohd Qawie Gapar berkata, sepasukan empat (4) anggota bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar kawasan.

“Seekor anjing pengesan berdisiplin wilderness (belantara) telah digunakan bagi membantu dalam usaha jejak kesan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Seorang anggota bomba sedang berbual dengan ahli keluarga mangsa sambil ditemani anjing pengesan…