Trend Penurunan Kes Harian COVID-19 Sabah Berterusan Dengan 1,255 Kes Hari Ini

Trend Penurunan Kes Harian COVID-19 Sabah Berterusan Dengan 1,255 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah terus mencatat penurunan dalam kes harian COVID-19 dengan jumlah keseluruhan 1,255 KES pada hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ianya penurunan sebanyak 101 kes berbanding semalam.

“Ini merupakan angka terendah yang direkod sejak 10 Ogos lalu. Pada hari ini sebanyak 18 daerah mencatatkan penurunan, lapan (8) lagi daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu (1) daerah iaitu Sipitang, kekal dengan catatan sebagaimana semalam,” jelasnya.

Ibu kota negeri ini merekodkan penurunan sebanyak 44 kes dan trend itu turut dilihat pada kawasan perbandaran lain kecuali daereah Putatan, Kudat dan Tawau.

“Antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Pitas (-66) kes, Lahad Datu (-51) kes, Papar (-26), Sandakan (-26), Tambunan (-22), Kota Marudu (-22), Tongod (-17), Tenom (-14), Penampang (-13) dan Tuaran (-13)…

“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Beluran (+69) kes, Kinabatangan (+64) kes, Putatan (+38) kes, Ranau (+37) kes dan Kalabakan (+36) kes,” perinci Masidi.

Sebanyak 598 daripada kes hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes 602 kes atau 48 peratus.

“Jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iatu 800 kes manakala 12 pesakit berada dalam Kategori 5. Sebanyak 36 kes masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, satu kluster baharu dikesan di daerah Kinabatangan, Kluster M1, dengan 38 kes aktif.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 176 (220)
Beluran – 95 (26)
Sandakan – 86 (112)
Kinabatangan – 81 (17)
Tuaran – 81 (94)
Kota Belud – 74 (78)
Ranau – 73 (36)
Lahad Datu – 71 (122)
Tawau – 68 (66)
Keningau – 63 (70)
Penampang – 58 (71)
Putatan – 57 (19)
Kalabakan – 44 (8)
Papar – 43 (69)
Kota Marudu – 36 (58)
Telupid – 24 (19)
Kudat – 24 (20)
Nabawan – 22 (27)
Tenom – 17 (31)
Pitas – 15 (81)
Kunak – 10 (19)
Tambunan – 9 (31)
Kuala Penyu – 7 (8)
Sipitang – 7 (7)
Beaufort – 6 (14)
Semporna – 5 (13)
Tongod – 3 (20)