Bomba Puji Penghuni Rumah Di Telipok Padam Api Dapur Sendiri

Bomba Puji Penghuni Rumah Di Telipok Padam Api Dapur Sendiri

0
SHARE
Bomba
Pasukan anggota bomba di lokasi kejadian tingkat dua rumah terbabit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan pantas seorang penghuni rumah menggunakan alat pemadam api ketika bahagian dapur rumahnya terbakar di Taman Putramas Hills, Telipok, sini, meraih pujian anggota Bomba.

Pegawai Penganti Ketua Balai Lintas Laupen Nuar berkata pihaknya berterima kasih kepada penghuni rumah kerana dapat memadam kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

“Diharap tindakan ini boleh di contohi oleh semua orang sebagai satu kesedaran tentang bahaya kebakaran.

“Pihak kami syorkan setiap rumah ada sekurang-kurangnya satu alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kira-kira 11.10 pagi Ahad itu melalui operasi melibatkan sembilan orang anggota.