Bomba Selamatkan Tiga Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kepala Air

Bomba Selamatkan Tiga Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kepala Air

0
SHARE
Bomba
Anggota Bomba membawa kanak-kanak terbabit ke darat menggunakan tali ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Pasukan Bomba daerah ini berjaya menyelamatkan tiga kanak-kanak lelaki yang terperangkap di sungai berhampiran Kg Puru-Puru sini akibat kepala air petang tadi.

Kesemua mangsa berusia 12 tahun terbabit menunggu bantuan di atas longgokan batu di tengah sungai berkenaan.

Paras air yang mengalir deras naik secara perlahan. Mujur, panggilan kecemasan sempat dibuat pada pukul 2.59 petang.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau digerakkan ke lokasi.

“Pasukan membuat penyelamatan menggunakan tali untuk memindahkan mangsa ke tempat selamat,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang.