Bomba Selamatkan Warga Emas OKU Sesak Nafas Dari Banjir di Pitas

Bomba Selamatkan Warga Emas OKU Sesak Nafas Dari Banjir di Pitas

0
SHARE

PITAS: Seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) berusia 64 tahun yang mengalami sesak nafas dibantu keluar dari kawasan banjir di Kampung Kusilad, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 1.19 tengah hari sebelum jentera dari BBP Pitas tiba di lokasi kira-kira jam 2.10 petang selepas menempuh jarak 10 kilometer.

Pasukan bomba membawa mangsa keluar dari lokasi banjir dan menyerahkannya kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke Hospital Pitas bagi rawatan lanjut.

“Operasi dikawal pada 2.40 petang dan ditamatkan dua minit kemudian selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” kata jurucakap agensi.

Seramai empat anggota bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam operasi berkenaan.