Buaya Gergasi Sepanjang 16 Kaki Berjaya Ditangkap Menggunakan Umpan Paru-Paru Lembu

Buaya Gergasi Sepanjang 16 Kaki Berjaya Ditangkap Menggunakan Umpan Paru-Paru Lembu

0
SHARE

UGANDA – Seekor buaya gergasi yang diberikan nama ‘Osama’ akhirnya tumpas selepas berjaya ditangkap oleh penduduk kampung di Luganga, Uganda.

Buaya gergasi yang dianggarkan berusia 75 tahun dan mempunyai panjang 16 kaki itu dilaporkan telah mengambil hampir 80 nyawa orang kampung terutamanya kanak-kanak.

Memetik laporan The Mirror, buaya ‘Osama’ yang dianggap oleh orang kampung mempunyai ‘kuasa’ tersendiri telah berjaya ditangkap menggunakan umpan paru-paru lembu.

Menurut penduduk kampung, buaya gergasi itu sering muncul di Sungai Victoria untuk mencari mangda dan dikatakan buaya tersebut pandai untuk menterbalikkan perahu nelayan tempatan.

Saksi seorang penduduk kamlung yang dikenali sebagai Paul Kyewalyanga menceritakan dia dan saudaranya pernah diserang buaya itu.

Menurutnya, ketika kejadian itu dia mendayung perahu untuk memancing, tiba-tiba buaya itu seakan ‘melompat’ dan membaham saudaranya, Peter.

Berat buaya gergasi itu menyebabkan perahu dinaiki mereka tenggelam ke dalam sungai dan ‘Osama’ menggigit kaki mangsa. Peter kemudian ditarik ke dalam sungai sebelum hilang dari pandangan sehinggalah kepala dan tangan mangsa dijumpai beberapa hari kemudian.

Walaupun ramai penduduk kampung inginkan buaya itu mati, namun ‘Osama’ tetap ditangkap hidup-hidup dan bakal menerima tindakan daripada pihak berkuasa negara itu.

Menurut sumber, buaya berkenaan telah dihantar ke Uganda Crocs dan akan digunakan untuk ‘breeding programme’ bagi ‘menghasilkan’ lebih banyak buaya bagi tujuan industri fesyen.