Budak 12 Tahun Jadi Penyelamat Saat Rakan Hampir Maut di Laut

Budak 12 Tahun Jadi Penyelamat Saat Rakan Hampir Maut di Laut

0
SHARE

ALOR SETAR: Tindakan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menyelamatkan rakannya daripada lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Langkawi, hari ini.

Faris Danish Zulfadli berkata mereka ke pantai selepas latihan merentas desa sebelum seorang rakan tergelincir dari kawasan batu dan jatuh ke laut.

Menyedari rakannya tidak timbul selepas beberapa minit, dia bertindak terjun menyelamatkan mangsa.

Saya berfikir sama ada hendak selamatkan dia atau tidak kerana bimbang saya juga akan turut lemas, tetapi saya tidak mahu meninggalkannya.

“Jadi, saya terus terjun ke dalam air dan tarik dia naik ke darat sebelum melakukan bantuan pernafasan (CPR),” katanya kepada Bernama.

Faris yang juga atlet pelayaran dan Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad berkata latihan berenang dan CPR yang dipelajari banyak membantu menyelamatkan rakannya sebelum mangsa dibawa ambulans ke hospital.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Khairul Azhar Nuruddin, mengesahkan mangsa yang berusia 10 tahun dirawat di Hospital Sultanah Maliha sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.