Bung Gesa JANS Pergiat Penguatkuasaan Setiap Projek Loji

Bung Gesa JANS Pergiat Penguatkuasaan Setiap Projek Loji

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya kerap melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan projek di setiap loji yang terlibat dapat disiapkan mengikut jadual.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya yang membuat gesaan itu menyatakan JANS perlu bertindak demikian bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar memandangkan sebahagiannya mengalami sedikit kelewatan.

Bung pada Jumaat telah membuat lawatan kerja ke Kuala Penyu Beaufort Membakut dan Bongawan bagi mendapatkan status terkini dan melihat sendiri perkembangan projek-projek di loji terlibat sekaligus mengenal pasti sebarang masalah untuk ditangani segera.

Bung diberikan penjelasan oleh Pengarah Air ketika melawat Loji Air di Kampung Melikai Menumbok…

Lawatan itu turut disertai dua Pembantu Menterinya, Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik serta Pengarah JANS, Edward Lingkapo dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid.

 

Bung bersama Pembantu Menteri Datuk Robert Tawik,Datuk Limus ,Pengarah Air Edward Dan Pengarah JKR Ir Ali Ahmad ketika meninjau kemajuan kerja kerja pembinaan Loji Air di Kampung Limbawang…

Justeru Bung, mahu sebarang projek di loji terlibat disiapkan mengikut tempoh yang diberikan bagi memastikan ianya dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna untuk aktiviti harian tetapi juga pengusaha dalam sektor perniagaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung turut meminta JANS untuk menghantar bekalan air ke kampung-kampung serta rumah-rumah penduduk kampung yang terjejas dengan bekalan tersebut memandangkan sebahagian kampung masih belum mendapat akses kepada kemudahan terbabit.

Bung bersama Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohammad Alimin ketika melawat jalan kampung di kampung Saladan Bongawan yang perlu dibaiki taraf…

“Kita menjangkakan penggunaan air akan meningkat berikutan suhu yang sedikit panas dalam beberapa bulan ini. Justeru saya mahu kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan secepatnya mengikut jadual bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan itu…

“Untuk kampung-kampung yang terjejas, saya telah meminta JANS untuk menghantar bekalan air ke kawasan terlibat (rumah-rumah penduduk kampung) agar dapat memudahkan rutin harian mereka,” jelas Bung.