COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK 3,027 KES DAN 8 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN...

COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK 3,027 KES DAN 8 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN KKM HARI INI

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes melonjak naik dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 3,027 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 128,465 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 25,221 (19.6%) kes.

DARIPADA 3,027 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak enam (6) Kes import, manakala 3,021 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 2,145 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 102,723 kes (80.0%).

Menurut KKM juga, sebanyak 142 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 63 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, JOHOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,103 KES, diikuti SELANGOR sebanyak 706 KES dan SABAH sebanyak 493 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat LAPAN (8) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 521 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana JOHOR mencatat kes tertinggi hari ini (07 Januari 2021) sebanyak 1,103 KES daripada keseluruhan 3,027 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)