Hanya 1 Dalam 100,000 Orang Alami Alergi Teruk Vaksin Pfizer COVID-19

Hanya 1 Dalam 100,000 Orang Alami Alergi Teruk Vaksin Pfizer COVID-19

0
SHARE

WASHINGTON – Hanya kira-kira seorang dalam 100,000 orang yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 mengalami reaksi alahan teruk, kata pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) sambil menekankan manfaat imunisasi melebihi risiko diketahui.

Data berkenaan diperoleh daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang mengumpulkan 21 kes anafilaksis selepas pemberian 1,893,360 dos yang dilaporkan antara 14 hingga 23 Disember lalu.

“Rata-ratanya mencapai nisbah 11.1 kes anafilaksis bagi setiap sejuta dos yang diberikan,” kata Pegawai Kanan CDC, Nancy Messonnier kepada wartawan, semalam

Beliau yang dipetik AFP berkata, kes anafilaksis masih ‘sangat jarang berlaku’ namun tetap menjadi kepentingan kepada orang ramai untuk mengambil vaksin, terutama dalam konteks pandemik COVID-19 yang mempunyai risiko bahaya lebih tinggi terhadap kesihatan.

“Adalah lebih baik bagi seseorang mendapatkan vaksin COVID-19. Mujur kita tahu bagaimana kaedah untuk merawat anafilaksis dan sudah menyediakan peruntukan bagi di tempat imunisasi, orang-orang yang memberikan vaksin bersedia untuk merawat anafilaksis,” katanya.

Daripada 21 kajian kes membabitkan pesakit berusia antara 27 hingga 60 tahun dengan kebanyakannya berusia 40 tahun dan semua kecuali dua daripadanya dirawat dengan epinefrin.

Gejala alahan dialami termasuk ruam, sakit tekak, lidah dan bibir bengkak, kesukaran bernafas, serak, mual dan batuk kering.

AS ketika ini membenarkan dua vaksin untuk kegunaan kecemasan satu dibangunkan Pfizer dan satu lagi oleh Moderna.

Mereka yang mengalami alahan pada dos pertama tidak diminta meneruskan suntikan dos kedua.