KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,033 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 62,306 kes (83.9%).
Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 432 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 ketika ini berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,600 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 74,294 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,604 kes.
DARIPADA 1,600 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tiga (3) Kes import, manakala 1,597 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 129 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 57 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 426 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini yang mana kedua-duanya daripada SABAH (Kota Kinabalu dan Semporna) ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 384 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
