Kerajaan Perikatan Nasional Perak Perlu Dipertahankan – UMNO

Kerajaan Perikatan Nasional Perak Perlu Dipertahankan – UMNO

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO memutuskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, PAS dan Bersatu, perlu terus dipertahankan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media selepas mesyuarat itu berlangsung kira-kira sejam di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Datuk Seri Ahmad Maslan…

Selain itu, Mesyuarat Khas itu turut memutuskan Perhimpunan Agung UMNO diadakan pada 31 Jan depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran terhad, serta akan dibuat secara maya.Beliau berkata Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan berlangsung pada 30 Jan 2021.

Sementara itu, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri bakal diadakan bermula 1 hingga 3 Jan 2021.

“la¬†akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing. Untuk kawasan PKPB dan PKPD bolehlah diadakan secara maya. Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir,” katanya.