KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 900 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 32,969 kes (73.1%).
Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini kembali naik kepada tiga (3) angka iaitu sebanyak 1,304 KES, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 45,095 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,822 kes.

DARIPADA 1,304 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak empat (4) Kes import, manakala 1,300 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 96 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 39 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laoran KKM hari ini, SABAH masih lagi menjadi negeri tertinggi yang menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 di Malaysia iaitu 556 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat SATU (1) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 304 kes (0.7%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;






