
KUALA LUMPUR – Angka kes sembuh menunjukkan peningkatan yang baik dan tertinggi setakat ini apabila merekodkan sebanyak 1,345 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 29,579 kes (71.8%).
Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes positif yang dicatatkan hari ini juga masih tinggi dengan 972 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 41,181 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,308 kes.
DARIPADA 972 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lima (5) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 967 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Daripada laoran KKM hari ini, SABAH masih menjadi negeri tertinggi yang menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 di Malaysia.

Menurut laporan itu juga, berlaku pengurangan sebanyak 86 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM turut maklumkan terdapat LAPAN (8) KES kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 294 kes (0.7%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
