
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacita memaklumkan terdapat LAPAN (8) kematian hari ini yang menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 229 kes (0.86%).
Semua kes kematian yang direkodkan hari ini adalah daripada Sabah (Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau & Sandakan).
KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan SEMBILAN (9) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Titir (Sabah), Kluster Omadal (Sabah), Kluster Bandaran (Sabah), Kluster Jambul (Sabah), Kluster Bayan (Pulau Pinang), Kluster Mentari (Selangor), Kluster Jernih (Negeri Sembilan), Kluster Seladah (Sarawak), dan Kluster Makekar (Terengganu).
KKM melalui siaran langsung pada Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi turut memaklumkan SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 533 KES daripada 823 KES harian yang dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 26,565 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,202 kes.
semua 823 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI adalah KES yang MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 579 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 17,134 kes (64.5%).
Menurut laporan itu juga, sebanyak 99 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 30 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.