Daftar Sistem PADU Sebelum 31 Mac Ini

Daftar Sistem PADU Sebelum 31 Mac Ini

0
SHARE
Japen
Jainisah (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Muis (tengah) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TAWAU, SABAH – Masyarakat digesa menguar-uarkan kepada ahli keluarga supaya mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum 31 Mac ini.

Pengerusi Regional Harvest Sdn. Bhd, Datuk Muis Picho berkata pelbagai usaha dilaksanakan pihak kerajaan ke arah pendigitalan dan memperkasakan rakyat antaranya memperkenalkan sistem PADU.

“PADU diperkenalkan bagi memastikan pengagihan bantuan subsidi dan bantuan kerajaan dapat diberikan kepada golongan sasar tanpa ada ketirisan,” katanya ketika merasmikan Malam Simfoni Rakyat Daerah Tawau anjuran Jabatan Penerangan Sabah bersama pihaknya di Kampung Pasir Putih dekat sini, pada Sabtu.

Menurutnya, Program Simfoni Rakyat Darrah Tawau merupakan salah satu platform dalam penyampaian maklumat secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat melalui hiburan pentas.

Pada majlis itu, Muis menyampaikan sumbangan peribadi kepada sembilan anak-anak yatim sekitar Kampung Pasir Putih.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, Pegawai Penerangan Daerah, Azuary Abdul Azis dan Ketua Kampung Pasir Putih, Hamzah Busian. — JABATAN PENERANGAN SABAH