DBKL Tutup Segera Pusat Urut Gay

DBKL Tutup Segera Pusat Urut Gay

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Urut (GAY) yang beroperasi tanpa lesen di Warisan City View, Cheras Kuala Lumpur pada Isnin baru-baru ini.

Menerusi maklumat, siasatan dan risikan yang dijalankan, mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral (urutan GAY) di tingkat dua premis berkenaan melibatkan 8 buah bilik dijadikan tempat urut dan aktiviti seks sejenis.

Hasil semakan juga mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pusat urut daripada DBKL.

Serbuan yang dijalankan terhadap premis ini mendapati seramai 5 orang lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bertindak sebagai tukang urut.

Manakala DUA (2) orang warga Myanmar sebagai pelanggan dan 1 orang warga Indonesia sebagai penjaga premis di tahan dan diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL.

Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( WPKL ) 2016 dan tindakan sita 25 pelbagai peralatan (kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan) yang ada di premis itu turut dilakukan.

Tindakan menutup premis serta merta turut dilakukan ke atas premis tersebut menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan ini dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, bidang kuasa serta S.O.P DBKL.

Masyarakat setempat diminta untuk terus memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah