Peraturan Baharu Ketat Buat Pengunjung Masjidil Haram, Masjid Nabawi Sempena Ramadhan Ini

Peraturan Baharu Ketat Buat Pengunjung Masjidil Haram, Masjid Nabawi Sempena Ramadhan Ini

0
SHARE

JEDDAH – Peraturan baharu yang ketat dikenakan kepada para pengunjung Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sempena Ramadhan demi menjaga keselamatan semua pihak berikutan ancaman COVD-19.

Ketua Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, menegaskan semua pengunjung perlu melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan masuk.

“Selain menjamin keselamatan umum, langkah ini dapat memastikan jumlah pengunjung terkawal bagi mereka mengerjakan ibadah dengan kemudahan dan keselesaan yang mencukupi…

“Ia bertujuan memberikan pengalaman unik kepada Doyof Al-Rahman (tetamu Allah), dengan menggabungkan ibadah dan amalan penjagaan kesihatan.

“Berikutan penularan pandemik berlanjutan, saya mendesak jemaah mendapatkan vaksin COVID-19 bagi memastikan keselamatan mereka dan jemaah lain,” katanya.

Memetik laporan BH Online, sebanyak LIMA (5) kawasan solat disediakan di Masjidil Haram, termasuk halaman timur dan kawasan khusus bagi jemaah dengan keperluan khas.

Jemaah umrah juga dapat menunaikan Tawaf di tingkat satu sepanjang bulan Ramadan.

Orang ramai tidak dibenarkan meminum air Zamzam dari mesin air, sebaliknya pihak masjid akan menyediakan 200,000 botol air Zamzam setiap hari.

Bagi mereka (pengunjung) yang ingin berbuka puasa di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi dibenarkan membawa air serta kurma untuk makanan peribadi saja dan dilarang sama sekali berkongsi atau mengagihkan makanan kepada orang lain.

Masjid Al-Nabawi, Madinah…

Tambah Abdul Rahman, tiada sesiapa pun dibenarkan membawa masuk makanan ke kawasan masjid mahupun laman di sekitarnya.

“Sebaliknya, pihak masjid akan menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan mengagihkannya kepada setiap pengunjung secara individu…

“Hampir 10,000 pekerja Masjidil Haram dikerahkan membantu pengunjung bagi mengelak kesesakan, mengikut rancangan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Lebih 13 juta jemaah yang memakai pelitup muka mengunjungi dua masjid berkenaan selepas penangguhan umrah dan solat berjemaah selama tujuh bulan ditarik balik Oktober lalu.