Dr Salleh Kecam Sarawak Report Kerana Menghendap Rosmah

Dr Salleh Kecam Sarawak Report Kerana Menghendap Rosmah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyelar warga Sarawak Report kerana secara terang-terangan menunjukkan ketidaksopanan dan tidak beradab dengan mengekori dan mengganggu isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam catatan beliau di blog malam tadi, Salleh mendakwa laman web itu telah memaparkan “tingkah laku tidak beradab dan sopan” dengan menganggu Rosmah – yang kini berada di Kota London.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut berkata bahawa mereka merasa mempunyai hak berbuat demikian menunjukkan mereka adalah golongan kelas bawahan.

“Kita jangkakan mereka yang dikatakan bertamadun di England akan sekurang-kurangnya menunjukkan rasa hormat kepada isteri perdana menteri negara luar tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk orang mereka sahaja.

 “Mereka melaungkan dakwaan palsu dengan menyatakan kebebasan akhbar membolehkan mereka berkata apa sahaja.

 “Mereka kemudian bertanya kepada Rosmah mengapa pergi ke United Kingdom (Uk) jika tidak mahu diekori,”

Beliau turut menjelaskan Sarawak Report enggan menyiarkan akaun mereka atau mendedahkan sumber dana yang diperoleh yang menunjukkan mereka sendiri tidak telus tetapi pada masa yang sama menuduh pihak lain.

Sarawak Report telah melemparkan beberapa tuduhan terhadap Rosmah yang ketika ini sedang melawat UK.

Datin Seri Rosmah kini berada di United Kingdom bagi meluaskan program Permata, turut bersama 32 pelajar Permata dan enam guru.