KIMANIS, SABAH – Dua lelaki hanya mengalami cedera ringan apabila kereta pacuan empat roda Toyota Hilux Single Cab yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Kimanis – Keningau pada Ahad.
Sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis bertindak ke lokasi berjarak kira-kira 24 kilometer daripada balai selepas menerima panggilan berhubung insiden pada pukul 4.55 petang.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kedua-dua mangsa berusia 20 dan 36 tahun terbabit dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
“Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan pada jam 6.58 petang,” kata seorang jurucakap bagi agensi.