DUN Sabah Luluskan Tiga RUU 

DUN Sabah Luluskan Tiga RUU 

0
SHARE
Dun sabah
Bangunan DUN Sabah

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan sebanyak tiga Rang Undang-Undang (RUU), hari ini.

Antara RUU yang diluluskan adalah RUU Taman-Taman (Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Bagi RUU Lembaga Keluaran Pertanian (Pindaan) 2024 dibentangkan telah oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan.

Manakala satu lagi RUU iaitu RUU Pengangkatan Orang Islam 2024 dibentangkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) merangkap Exco Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berkata ketiga-tiga RUU terbabit telah diluluskan dengan suara majoriti ahli mesyuarat selepas dibahaskan pagi tadi.

Dalam pada terbabit, persidangan DUN Sabah turut meluluskan bekas ADUN Tamparuli pada tahun 1999 sehingga 2004 dan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Datuk Edward Linggu sebagai Senator Dewan Negara untuk penggal pertama bagi mewakili negeri itu.