TAIWAN – Demi mendapatkan sushi secara percuma, sebilangan peminat sushi di negara ini sanggup untuk menukar nama mereka secara sah dengan perkataan ‘Salmon’ sebagai sebahagian daripada aksi promosi sebuah restoran.
Pada Mac 2021, saluran berita antarabangsa menyiarkan promosi pelik rangkaian restoran Taiwan Sushiro, yang menawarkan sushi pada harga diskaun atau percuma sepenuhnya kepada individu yang menukar nama mereka secara sah dengan menyertakan perkataan ‘Salmon’.
Tawaran itu menyebabkan ratusan orang menjadi teruja.
Lebih 330 daripada mereka benar-benar melakukan penukaran nama yang sah, di sebalik usaha pekerja Pejabat Pendaftaran Isi Rumah menghalang pertukaran itu.
Promosi tersebut mendapat liputan meluas di media, malah disifatkan sebagai memalukan negara oleh ahli politik Taiwan.
Sepanjang promosi itu sebahagian besar daripada beratus-ratus yang dinamakan ‘Salmoners’ melayan diri dan rakan dengan hidangan sushi percuma.
Atau mereka mengenakan bayaran kepada orang lain untuk duduk di meja khas mereka, dan kemudiannya menukar kembali nama mereka kepada nama asal tanpa sebarang masalah.
Namun tidak semuanya bernasib baik apabila tindakan mereka menukar nama kepada ‘Salmon’ mula terkesan kerana terpaksa mengekalkan nama tersebut.
Ini kerana undang-undang Taiwan membenarkan rakyatnya boleh menukar nama TIGA (3) kali sahaja.
“Selepas huru-hara ‘salmon’ insiden sesetengah orang menukar nama mereka tiga kali dan kini tidak mempunyai cara untuk menukarnya semula,” kata penggubal undang-undang Parti Kuasa Baru, Chiu Hsien-chih.






