Jangan Gadaikan Masa Depan Sarawak, Belajar Daripada Kegagalan PH

Jangan Gadaikan Masa Depan Sarawak, Belajar Daripada Kegagalan PH

0
SHARE
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg...

KUCHING, SARAWAK – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengingatkan rakyat Sarawak yang bakal turun mengundi esok (18 Dis) agar tidak menggadaikan masa depan negeri ini dengan mengambil iktibar daripada  kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan kerana lemah dan tidak stabil.

Beliau yang juga Pengerusi GPS berkata, masa depan rakyat Sarawak bergantung kepada kerajaan yang kuat, stabil dan komited untuk mempertahankan hak-hak rakyat dan kepentingan Sarawak.

“GPS yang berpengalaman, cekap, disegani, berintegriti tinggi dan mempunyai rekod prestasi cemerlang akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak…

“Janganlah membuat kesilapan, kita mesti terus memperjuangkan perpaduan, keharmonian, autonomi dan kemakmuran Sarawak. Kami, pasukan GPS komited untuk meneruskan perjuangan dan usaha demi kecemerlangan Sarawak,” katanya.

“Berilah peluang kepada GPS untuk terus berjuang demi kecemerlangan Sarawak untuk kemakmuran kita semua,” ujarnya.

“Kami akan memastikan kemakmuran Sarawak yang berterusan supaya rakyat dapat menikmati manfaat pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang terancang, holistik dan inklusif,” tegas beliau.