KTC, CT Toys Bekerjasama Bawa Kegembiraan Buat 775 Murid Sekolah Di Ranau

KTC, CT Toys Bekerjasama Bawa Kegembiraan Buat 775 Murid Sekolah Di Ranau

0
SHARE
Lau (belakang, dua kiri) menyerahkan roti kepada guru besar SK Narawang (kanan) sambil disaksikan Pengurus Besar KTC Sylvia Pius (Kiri) dan Pegawai Pendidikan Daerah, Majus Munsing (tengah)...

RANAU, SABAH – Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dan CT Toys bekerjasama untuk membawa kegembiraan Krismas kepada 775 murid sekolah berumur 7 hingga 12 tahun di daerah ini.

KTC dan CT Toys hari ini menyumbangkan 3,400 roti dan 1,125 mainan mini kepada LIMA (5) buah sekolah iaitu SK Don Bosco, SK Perancangan, SK Langsat, SK Bongkud dan SK Narawang.

Penyampaian sumbangan kepada setiap sekolah diterima oleh guru besar masing-masing yang disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing.

“Pada masa pandemik ini sekurang-kurangnya kita dapat membantu kanak-kanak dalam semangat Krismas melalui pemberian sedekah dan memberi mereka sedikit kegembiraan,” kata Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.

Beliau juga berharap lebih banyak syarikat korporat tampil membantu dalam apa jua cara yang mereka mampu untuk menyokong kanak-kanak.