Eksesais Satria Perkasa Melibatkan Keningau, Nabawan, Sapulut, Kalabakan Pada 15-25 Sept

Eksesais Satria Perkasa Melibatkan Keningau, Nabawan, Sapulut, Kalabakan Pada 15-25 Sept

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Markas 5 Divisyen memaklumkan bahawa Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) akan melaksanakan Eksesais Satria Perkasa bermula hari ini sehingga 25 Sept.

Markas Lima Divisyen menerusi kenyataan memaklumkan eksesais berkenaan melibatkan kawasan sekitar Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan.

Sehubungan itu, orang ramai dimaklumkan supaya tidak cemas dan risau sekiranya menemukan kehadiran anggota tentera ketika eksesais itu berlangsung.

“Eksesais ini konsep Field Training Exercise (FTX) bertujuan bagi meningkatkan tahap profesional dalam melaksanakan latihan ketenteraan bagi mejaga kedaulatan negara.

“Sepanjang eksesais berlangsung akan melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan Tentara Darat Malaysia,” menurut kenyataan itu.