Ilmu, Perpaduan Perlu Jadi Fokus Malaysia Madani – Arifin

Ilmu, Perpaduan Perlu Jadi Fokus Malaysia Madani – Arifin

0
SHARE
Arifin
Arifin (tiga dari kanan) menyempurnakan majlis pelepasan konvoi KMJG ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

SIPITANG, SABAH – Nilai ilmu pengetahuan dan perpaduan perlu menjadi fokus gagasan Malaysia Madani.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata dua perkata tersebut menjadi tonggak utama dalam untuk mencapai tamadun peradaban dan kemajuan negara.

“Saya tekankan dua perkara berhubung dengan gagasan malaysia madani yang dibawa oleh Perdana Menteri yang menjadi bahagian dari tema sambutan hari kebangsaan pada tahun ini yang merujuk kepada nilai ilmu pengetahuan dan juga perpaduan.

“Dua perkara ini amat penting yang mana usaha kita ke arah itu hendaklah menjadi asas dan fokus kerana ilmu pengetahuan dan perpaduan amatlah penting menjadi tonggak utama dalam kita mencapai tamadun peradaban dan kemajuan bagi negara kita.

“Bagi Sabah dan Sarawak khususnya dua negeri ini mempunyai penduduk rakyat yang menjadi contoh kepada perpaduan ini.

“Ini kerana kita terdiri daripada pelbagai agama, pelbagai suku kaum sub2 etnik sebagainya bersatu di bawah satu bumbung negara kita yang tercinta Malaysia,” ujar beliau ketika merasmikan Program Infiesta Integrasi dan Pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Daerah Sipitang, pada Sabtu malam.

Arifin yang juga Exco Komunikasi dan Digital Sabah berharap agar program Konvoi KMJG yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Labuan dapat menjana semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Mudah-mudahan program ini akan dapat menjana semangat rakyat yang mana setiap daerah yang dijelajahi oleh konvoi ini akan berkesan dan dapat menyampaikan mesej perpaduan mesej kemerdekaan dan mesej ilmu pengetahuan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Arifin menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah, Awangku Raimy Pg Abd Rahman mewakili jabatan dan agensi negeri dan persekutuan di daerah berkenaan. — JABATAN PENERANGAN SABAH