KUALA LUMPUR – Segelintir pemimpin UMNO yang setia di belakang Presidennya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, bersifat kontradiksi dengan percubaan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan tanda pagar #kerajaangagal pada laman sosial.
Dakwaan mereka bahawa kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah suatu kerajaan yang tidak kompeten ibarat ‘meludah ke langit’ kerana melihat kabinet itu ramai terdiri daripada kalangan mereka (UMNO) sendiri.
Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan, Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan; Haji Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan; Adham Baba, Menteri Kesihatan; Hishamuddin Hussein, Menteri Luar Negeri; Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia, Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; Shamsul Annuar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli; Khairy Jamaluddin, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi; Halimah Sadique, Menteri Perpaduan Negara dan Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan.



Senarai panjang kementerian ini turut dibantu 13 timbalan menteri dari parti yang seolah-olah tidak sedar bahawa merekalah juga yang membentuk kerajaan Malaysia hari ini.
Fikirkan sejenak pemahaman erti kata “GAGAL”. Jika titik-titik disambung berdasarkan sentimen #kerajaangagal, bukankah nila biru UMNO merosakkan susu sebelanga?
Kesudahan usaha murahan ini lagi-lagi pada waktu pandemik COVID-19 sudah pastinya akan mengakibatkan kemerosotan kestabilan ekonomi yang kian pulih dan mangsa sudah tentunya akan terjadi kepada rakyat sendiri yang terpaksa berdepan taraf kehiduapan rendah.
Menjangkau luar skop kementerian pula, ianya fakta bahawa kebanyakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengurusan pemimpin UMNO dan komponen MCA.
Sedangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pun tidak memegang apa-apa jawatan khas dalam kabinetnya kontras dibandingkan dengan Perdana Menteri kerjaan UMNO lalu Najib Razak yang kini berdepan kes makhamah.

Kewujudan boneka bertuankan UMNO yang bertujuan memesong minda rakyat dan memecah belahkan kerajaan campuran PN, PAS dan UMNO bagi meraih sokongan dalam PRU-15 akan datang hanyalah memakan diri.
Kemungkinan mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) sengaja menaikkan sentimen membenci kerajaan yang berpunca dari ‘agenda tersembunyi’ berhubung kerjasama disebalik tabir di antara Zahid Hamidi dan presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Ianya bukanlah spekulasi lagi dengan kesahihan perbualan rahsia mereka berdua yang telah didedahkan kepada orang ramai baru-baru ini.
VIDEO tular di Facebook, audio suara yang dipercayai perbualan antara dua pemimpin besar iaitu Dato’ Sri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim…
Perkembangan ini bukan sesuatu yang mengejutkan melihat kepimpinan parti yang goyah di mana sokongan daripada ketua bahagian dan akar umbi pun tidak dapat diraih.
Baru-baru ini ramai pemimpin muda UMNO bangkit mengecam kepimpinan Zahid, 68, dan memanggilnya untuk berehat dari arena politik bagi fokus menyelesaikan pertuduhan-pertuduhan pecah amanah yang menghantuinya.
