Empat Cedera, Jambatan Roboh 300 Meter di Kampung Bangau-Bangau

Empat Cedera, Jambatan Roboh 300 Meter di Kampung Bangau-Bangau

0
SHARE
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{"border":1},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":true,"containsFTESticker":false}

SEMPORNA: Seramai empat warga asing mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jambatan roboh sepanjang 300 meter di Kampung Bangau-Bangau, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, PBK Norhaini Jumdani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.03 malam.

15 anggota bomba kemudian digerakkan ke lokasi kejadian bersama beberapa anggota dari agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dilaporkan berlaku kejadian jambatan roboh sepanjang 300 meter di Kampung Bangau-Bangau.

“Turut terlibat dan roboh sebuah rumah berkeluasan 30×60 kaki mengalami kerosakan 80 peratus berserta sebuah motorsikal turut jatuh ke dalam laut.

“Terdapat empat orang mangsa dilaporkan terlibat. Dua orang telah dihantar ke hospital oleh orang awam manakala dua lagi mangsa hanya cedera ringan telah dirawat oleh pasukan EMRS dan menolak untuk dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.